Anggota tentera ditahan miliki dadah

Iklan
Tindakan seorang anggota tentera dipercayai memiliki dadah mengundang padah apabila ditahan di hadapan sebuah restoran di Jalan Ipoh pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang anggota tentera dipercayai memiliki dadah mengundang padah apabila ditahan di hadapan sebuah restoran di Jalan Ipoh pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Jasni Zolpa berkata, suspek berumur 37 tahun itu ditahan anggota Balai Polis Jinjang yang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Suspek ditahan kira-kira jam 3.30 pagi dan semakan mendapati suspek bertugas sebagai anggota tentera.

"Pemeriksaan terhadap suspek menemukan beberapa jenis dadah iaitu methamphetamine seberat 6.75 Gram, 31 biji pil berwarna putih dipercayai nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram)," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Iklan