Sumbangan Allahyarham Zainal Kling cukup besar - Sivamurugan

Iklan
Hantaran Sivamurugan di laman Facebooknya pada Khamis.

SHAH ALAM - Penganalisis politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan Allahyarham Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling sebagai ilmuan tersohor tanah air.

Malah ujarnya, Allahyarham juga sering menjadi rujukan dalam sebarang pembentukan dasar dan polisi negara.

Iklan
Iklan

"Sumbangan Allahyarham cukup besar bukan sahaja kepada pelajar di Universiti Malaya mahu pun Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM, tetapi kepada proses pembangunan negara-bangsa ini kerana sering dijadikan rujukan dalam pembuatan dasar negara dan polisi sosial kebajikan kesejahteraan masyarakat.

"Selepas mendapat Ijazah Kedoktoran Falsafah UM, jemputan pertama dalam karier akademik saya adalah berada di pentas sidang pleno dengan sarjana hebat ini.

Iklan

"Beliau bukan sahaja merupakan pensyarah yang saya dikagumi tetapi juga kemudiannya kerap dijemput bersama dalam program akademik kerana nilai kesarjanaan kepakaran beliau," kongsinya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Terdahulu, Zainal yang juga merupakan pakar sejarah negara dilaporkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam, jam 4.30 pagi pada Khamis.

Iklan

Difahamkan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) itu dibawa ke unit kecemasan oleh keluarganya selepas tahap kesihatannya semakin menurun akibat komplikasi diabetes yang dialaminya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa untuk dimandikan serta dikafankan di Surau Seksyen 3, Shah Alam.