Keputusan permohonan kerajaan sekat Petrosaudi guna dana 1MDB 11 Disember

Iklan
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Disember untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan AS40 juta (RM1.61 bilion) dikaitkan dengan 1MDB yang disimpan dalam akaun pelanggan di firma guaman di UK. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Disember untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan AS$340 juta (RM1.61 bilion) dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disimpan dalam akaun pelanggan di firma guaman di United Kingdom (UK).

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu semasa prosiding mahkamah hari ini, yang dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, peguam PSI Alex Tan dan peguam Obaid Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Iklan
Iklan

Responden lain dalam permohonan itu ialah PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (PSOS-VZ), Clyde & Co LLP dan Temple Fiduciary Services Limited.

Pada 2020, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk perintah sementara menghalang pihak terbabit daripada memindahkan wang yang dikaitkan dengan 1MDB dan menyimpannya dalam akaun escrow yang dipegang Clyde & Co.

Iklan

Kerajaan Malaysia mendakwa wang terbabit berasal daripada dana 1MDB dalam satu usaha sama dengan PSI bagi menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd pada 2010.

Permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Iklan

Pada Ogos tahun ini, media antarabangsa melaporkan Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland mensabitkan kesalahan Obaid atas penyelewengan US$1.8 bilion daripada 1MDB dan dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun. - Bernama