38,500 liter diesel dirampas di tapak projek pemuliharaan sungai

Iklan
Saharuddin (kanan) ketika meninjau kawasan serbuan dalam Ops Gempur yang dijalankan pada petang Rabu.

SETIU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas 38,500 liter minyak diesel yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan permit barangan kawalan dalam serbuan di sebuah tapak projek pemuliharaan muara sungai di sini, pada Rabu.

Pengarah KPDN negeri, Saharuddin Mohd Kia berkata, serbuan menerusi Ops Gempur itu dijalankan oleh 12 pegawai penguatkuasa KPDN bersama 11 pegawai polis hasil risikan dilakukan selama dua minggu.

Iklan
Iklan
Saharuddin menunjukkan dua buah 'skid tank' yang digunakan sebagai tempat simpanan minyak dalam serbuan di sebuah tapak projek pemuliharaan muara sungai di Setiu.

"Pemeriksaan mendapati syarikat yang mengendalikan projek di tapak itu mempunyai permit sah daripada pengawal bekalan untuk menyimpan minyak diesel, namun hasil semakan pada permit berkenaan mendapati tempat simpanan bukan beralamat di lokasi tersebut.

"Pemegang permit disyaki telah memindahkan barangan kawalan itu dari tempat yang dilesenkan kepada tempat tidak berlesen tanpa kebenaran oleh pengawal bekalan," katanya ketika ditemui di Tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Setiu dekat Kampung Mangkuk di sini pada Khamis.

Iklan
Saharuddin (tengah) bersama anggota KPDN Terengganu melihat antara barangan rampasan dalam serbuan di tapak projek pemuliharaan muara sungai di Setiu.

Dalam pada itu, Saharuddin berkata, pihaknya turut merampas dua buah lori dan dua buah 'skid tank' dengan nilai keseluruhan sebanyak RM982,035.

Katanya, pemegang permit juga disyaki mempunyai milikan minyak diesel melebihi had kuantiti yang dibenarkan.

Iklan

"Di dalam permit milik syarikat itu hanya dibolehkan mempunyai bekalan sebanyak 18,000 liter diesel sahaja dalam satu-satu masa," katanya.

Beliau berkata, rampas diesel tersebut adalah kali kelima di Terengganu pada tahun ini dan kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kita turut menahan dua lelaki warga tempatan iaitu pengurus tapak projek dan pemandu yang berusia 35 dan 36 tahun untuk siasatan lanjut," katanya.