CIMB suntik semangat baharu Liga Malaysia

Iklan
Ab Ghani (dua dari kanan) bersalaman dengan Gurdip Singh pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Kumpulan CIMB dan MFL di Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Hamidin (kanan) dan Tengku Zafrul.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengalu-alukan kehadiran CIMB Group Holdings Berhad (Kumpulan CIMB) sebagai ‘keluarga’ baharu dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M).

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, penglibatan lebih banyak sektor korporat seperti CIMB membuktikan bahawa jenama dan perniagaan telah meningkatkan lagi nilai bola sepak di negara ini.

Iklan
Iklan

"Penampilan sulung CIMB dalam kancah liga tempatan sejajar dengan cita-cita mereka dalam mencapai sasaran pelan tindakan Forward23. Kami di MFL juga memiliki perancangan utama kami sendiri iaitu Next50.

"CIMB dan MFL jelas berkongsi matlamat sama dalam pelan induk masing-masing iaitu perkembangan dan kemampanan. Itulah sebabnya kami merasakan bahawa ikatan ini telus dan MFL serta CIMB gembira melihat perjanjian ini dapat direalisasikan,” katanya.

Iklan

Hamidin berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Kumpulan CIMB dan MFL di Theatre KuAsh, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur hari ini.

Perjanjian penajaan itu menyaksikan CIMB tampil sebagai penaja utama Liga Super dan Piala Sumbangsih.

Iklan

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Ketua Pegawai Strategi dan Perancangan Kumpulan CIMB, Gurdip Singh Sindhu dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

Tengku Zafrul berkata, perjanjian penajaan tersebut menjadikan CIMB sebagai bank rasmi Liga-M melibatkan Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Cabaran.

"Dengan sukan bola sepak mempunyai lebih dari 20 juta peminat di negara ini, ia bukan sahaja menjadi sukan tempatan yang paling popular tetapi menyediakan peluang strategik untuk mendekatkan diri dengan masyarakat.

"Ia memberikan gambaran jelas mengenai tumpuan CIMB terhadap inisiatif yang bukan saja memberi manfaat kepada masyarakat tetapi juga sejajar wawasan Kumpulan CIMB untuk memajukan pelanggan dan masyarakat,” ujarnya.