Pusat hiburan sedia layanan GRO tempatan, asing diserbu

Iklan
Polis menggempur sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, disyaki tawar khidmat GRO warga asing dan tempatan.

KUALA LUMPUR - Pusat hiburan yang disyaki menawarkan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga tempatan di Jalan Kuchai Lama, diserbu pada Rabu.

Op Noda KL Strike Force itu dijalankan oleh Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kuala Lumpur dengan kerjasama D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan kira-kira jam 3.30 pagi itu telah menahan lapan wanita asing berusia lingkungan 20 hingga 30-an disyaki GRO terdiri daripada lima Thailand, dua Vietnam dan seorang Laos.

Katanya, turut ditahan seorang lelaki tempatan merupakan penjaga premis.

Iklan

"Serbuan pusat hiburan tanpa lesen dan menggajikan GRO ini turut bertindak merampas pelbagai peralatan muzik selain resit perniagaan.

"Polis juga menjalankan pemeriksaan bagi proses dokumentasi terhadap 100 individu berusia 23 hingga 46 tahun termasuk 39 wanita tempatan disyaki pelayan atau GRO," katanya pada Khamis.

Iklan

Rusdi

Beliau berkata, modus operandi pusat hiburan itu adalah menyediakan GRO warga asing dan berselindung di sebalik GRO tempatan.

Tambah Rusdi, semasa serbuan, kesemua wanita terbabit cuba melarikan diri, namun tindakan mereka gagal selepas laluan dikepung polis.

"Kesemua rampasan dan tangkapan dibawa ke IPD Brickfields untuk siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992.