Pakatan lampu isyarat Jerman runtuh

Iklan
Scholz mendedahkan kepincangan politik di negara itu selepas kira-kira tiga tahun memerintah di bawah pakatan lampu isyarat. Foto Agensi

BERLIN - Kerajaan gabungan pimpinan Canselor Jerman, Olaf Scholz runtuh selepas beliau memecat menteri utama, sekali gus mendedahkan kepincangan politik negara itu.

Scholz pada Rabu menegaskan beliau hilang kepercayaan terhadap Menteri Kewangan, Christian Lindner yang menjadi sebahagian daripada pakatan lampu isyarat bersama Parti Demokrat Sosial pimpinannya dan Parti Hijau sejak 2021.

Iklan
Iklan

Langkah itu bermakna Scholz tidak lagi mempunyai majoriti di Bundestag (Parlimen) dan ia membawa kepada proses undi tidak percaya pada 15 Januari depan.

"Lindner lebih mementingkan kepentingan parti beliau berbanding kepentingan negara. Jerman perlu membawa imej yang boleh dipercayai di mata dunia terutamanya selepas pelantikan semula Donald Trump," katanya.

Iklan

Susulan pemecatan mengejut itu, Scholz telah melantik penasihat beliau, Joerg Kukies sebagai Menteri Kewangan baharu.

Krisis dalaman tersebut menjerumuskan negara ekonomi terbesar Eropah itu ke dalam kekacauan politik setelah Berlin tidak mengalami pertumbuhan ekonomi selama dua tahun berturut-turut.

Iklan

Keputusan ahli Parlimen akan menentukan sama ada negara itu bakal mengadakan pilihan raya awal atau seperti dijadualkan pada September 2025.

Di tengah-tengah kekacauan itu, puak pembangkang bagaimanapun menggesa proses undi tidak percaya diadakan lebih awal pada minggu depan. - AFP