PUTRAJAYA - Pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini tanpa kelibat suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada Khamis.
Ditemani peguam, Shaarvin Raaj Selva Kumar dan seorang pegawai penyiasat SPRM, Vivy menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam meninggalkan SPRM Putrajaya jam 4.00 petang.
Vivy keluar dari Ibu Pejabat SPRM setelah satu jam 30 minit dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Sumber memberitahu, Vivy bersama peguam dan pegawai penyiasat SPRM ke rumah pengasas platform e-dagang FashionValet yang lain.
Pada Rabu, pegawai penyiasat SPRM dibawa ke kediaman Vivy di Mont Kiara, Kuala Lumpur.
Sinar Harian cuba mendapatkan perkembangan lanjut daripada pihak SPRM berhubung ketiadaan suami Vivy semasa meninggalkan pekarangan SPRM Putrajaya.