Isu U Mobile: Kalau PH pembangkang, penjelasan SKMM tidak diterima

Iklan
Kian Ming Kian Ming

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming menyindir Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) berhubung kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengenai pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua negara.

Kian Ming menerusi aplikasi X berkata, kemungkinan besar penjelasan itu tidak akan diterima oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) jika mereka masih berada di blok pembangkang.

Iklan
Iklan

"Kalau PH masih jadi pembangkang, kemungkinan besar penjelasan sebegini tidak akan disambut baik oleh ahli-ahli parlimen PH," katanya pada Rabu.

Sebelum itu, SKMM dalam satu kenyataan memberitahu pemilihan itu dibuat atas beberapa faktor seperti seperti rancangan perniagaan dan teknikal yang dikemukakan, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi syarikat dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.

Iklan
Iklan

Selain itu, faktor lain yang turut diambil kira adalah sumbangan syarikat tersebut kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 dan Projek Penaiktarafan 4G yang selaras dengan komitmen SKMM untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan.