Selangor agih RM320,000 untuk institusi Islam

Iklan
Amirudin (tengah) bersama wakil institusi pendidikan dan agama yang menerima agihan sumbangan.

SUNGAI BULOH - Kerajaan negeri mengagihkan sumbangan dan peruntukan berjumlah RM320,000 kepada 32 institusi Islam termasuk masjid, surau dan sekolah agama integrasi sekitar daerah Petaling.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sumbangan berkenaan diharap mampu membantu institusi-institusi berkenaan untuk terus menjalankan peranan di dalam masyarakat setempat selain menegakkan syiar Islam.

Iklan
Iklan

"Sumbangan ini adalah salah satu inisiatif kita untuk mengimarahkan institusi agama dan pendidikan di Selangor.

"Dari semasa ke semasa kita akan melihat dan meneliti dari segi keperluan dan permohonan mereka. Saya percaya sumbangan ini mampu membantu institusi ini memainkan peranan mereka lebih baik,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Institusi Agama Sempena Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman.

Iklan

Dalam majlis berkenaan, sebanyak lima masjid, 20 surau serta tujuh sekolah agama menerima sumbangan berkenaan.

Amirudin (tengah) bersama wakil institusi pendidikan dan agama yang menerima agihan sumbangan.