Imigresen gempur gudang haram gaji PATI

Iklan
Sebahagian warga asing yang bekerja di sebuah gudang ditahan JIM Melaka di Pulau Gadong di sini, pada Khamis.

MELAKA - Sebuah gudang yang beroperasi secara haram dan mengajikan pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka dalam Op Mahir di Pulau Gadong di sini, pada Khamis.

Pengarahnya, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, serbuan di gudang menyimpan, memproses dan mengedar barangan makanan itu berjaya menahan seramai 22 warga asing termasuk 10 lelaki warga Pakistan dan Nepal serta dua warga India ketika bekerja.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun dan pemeriksaan mendapati mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan juga melanggar syarat pas yang telah dikeluarkan.

Katanya, JIM Melaka juga telah mengeluarkan borang 29 iaitu saman saksi kepada seorang lelaki dan wanita tempatan yang bertindak sebagai pengurus serta kerani gudang berkenaan, bagi membantu siasatan lanjut.

Iklan

"Bertindak atas maklumat risikan selama seminggu, gudang disyaki beroperasi tanpa lesen yang sah telah menggunakan khidmat ejen pekerja asing untuk membekalkan tenaga pekerja.

"Ini bagi melakukan kerja-kerja memproses dan menghantar barangan makanan dan minuman," katanya katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Iklan

Penguat kuasa JIM ketika melakukan Op Jaja di sebuah pasar borong di sini, pada Khamis.

Tambahnya dalam serbuan berasingan pihaknya telah menyerbu di dua lokasi dan menahan seramai 11 lelaki warga asing kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri selain melanggar syarat pas atau permit yang dikeluarkan.

"Kita telah melakukan Op Selera di sebuah kedai makan dan Op Jaja di pasar borong dibdaerah Melaka Tengah sebelum menahan kesemua mereka.

"JIM turut mengesan ramai warga asing yang menyalahgunakan kemudahan untuk tinggal di Malaysia dengan tidak pulang ke negara asal dan bekerja secara tidak sah serta terlibat dengan aktiviti tidak bermoral," ujarnya.

Katanya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik premis dan majikan yang menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit kerja yang sah.

"Ini termasuk mereka yang sengaja memberi perlindungan pada warga asing yang telah melanggar Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," ujarnya lagi.