Penjelasan Pengarang

Iklan

Pihak editorial ingin menarik perhatian berhubung laporan berita 'Tertarik tawaran 90 peratus untung, warga emas rugi RM655,109' yang disiarkan Sinar Harian pada 7 Ogos 2024.

Laporan berita tersebut telah memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara yang antara lain menyebut 'seorang lelaki tempatan berumur 73 tahun telah menerima satu pautan Whatsapp daripada penama ‘Tan Teng Boo’ yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 90 peratus daripada modal dilaburkan'.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Sinar Harian tidak berniat merujuk atau mengaitkan nama dalam berita tersebut dengan mana-mana individu dan hanya memetik kenyataan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara tersebut.

Pihak kami memohon maaf sekiranya laporan itu mendatangkan kesulitan dan salah faham terhadap mana-mana individu yang mempunyai nama yang sama seperti dilaporkan.

Iklan

Pengarang