Jentera bomba kemalangan, terbalik dalam longkang

Iklan
Jentera PBS terbalik ketika menuju kes kebakaran kilang di Sungai Buloh pada Khamis

SUNGAI BULOH - Dua anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gombak mengalami cedera patah tangan selepas jentera dinaiki terbabit kemalangan pada Khamis.

PBS menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, kemalangan berlaku sewaktu jentera tanker itu dalam perjalanan ke Sungai Buloh bagi kes kebakaran sebuah kilang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jentera itu terbalik sebelum jatuh ke longkang ketika berselisih dengan kenderaan lain di jalan masuk lokasi kejadian.

Jentera PBS terbalik ketika menuju kes kebakaran kilang di Sungai Buloh pada Khamis.

Iklan

"Malang tidak berbau, kemalangan berlaku ketika pasukan kami hendak ke kes kebakaran kilang di Sungai Buloh untuk hari keempat berturut-turut.

"Dua anggota yang menaiki jentera tanker mengalami patah tangan," menurut perkongsian di Facebook.

Iklan

Katanya, susulan kejadian itu, khidmat jentera terpaksa digantung untuk kerja-kerja pembaikan sehingga dimaklumkan semula.