19 pengamal media dalami pengurusan kelapa sawit ke arah mampan

Iklan
19 pengamal media tempatan dibawa melawat ke Ladang Besout 6 dan kilang pemprosesan kelapa sawit,

SUNGKAI - [DIKEMAS KINI] Seramai 19 pengamal media terdiri daripada pemberita dan jurugambar menyertai ‘Media Familiarisation Programme’ anjuran FGV Holdings Berhad (FGV) selama dua hari satu malam di Bandar Enstek, Negeri Sembilan serta Sungkai, Perak.

Program itu dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat berhubung pembenihan tisu kultur, pembiakan dan pemprosesan kelapa sawit, biojisim serta pelan kelestarian ke arah menyokong prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Iklan
Iklan

Pengarah Divisyen Perladangan FGV, Borhan Bachi berkata, pihaknya menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesanggupan wakil media dalam usaha memahami pengurusan FGV secara komprehensif untuk waktu singkat.

Kilang pemprosesan kelapa sawit di Pusat Latihan Felda Trolak pada Khamis.

"Menerusi inisiatif kemampanan FGV, apa yang semua perlu tahu adalah persekitaran hijau dan hak pekerja. Kalau di kilang, kami kena pastikan sisa buangan ke sungai mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Iklan

"Begitu juga apabila lepaskan atau asap hitam atau habuk ke udara, ada peraturannya. Kalau patuh bermakna ia sudah mencapai standard kemampanan.

"Selain itu, hak pekerja dengan menekankan cara hidup berdasarkan Akta 466 dan pemberian akses Internet di kawasan rumah ladang menggunakan rangkaian telco komunikasi antarabangsa,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang media penutup program terbabit di Felda Residence Sungai Klah Resort, di sini pada Khamis.

19 pengamal media ketika mengadakan lawatan ke Pusat Inovasi FGV Bandar Enstrl, Nilai pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV Plantation Management Sdn Bhd, Hamdan Ismail; CEO FGV Wilayah Semenanjung 2, Rahimi Hissan Wahid; CEO FGV Palm Industries Sdn Bhd, Malik Sekak; CEO Pusat Inovasi FGV, Hisham Hamid dan staf pengurusan syarikat.

Antara wakil media selain Sinar Harian adalah pemberita dari Bernama, ASTRO Awani, Berita Harian, Harian Metro, The Edge, The Star, Media Prima, Malaysia Gazette, Scoop!, Kosmo! dan Majoriti.

Pada hari pertama, pengamal media didedahkan dengan benih atau rizom kelapa sawit yang dihasilkan di makmal pembangunan dan penyelidikan (R&D), Pusat Inovasi FGV selain diperkenalkan produk makanan serta baja khas.

Memasuki hari kedua di pejabat pengurusan Ladang Besout 6 dan Pusat Latihan Felda Trolak, pengamal media dibawa melawat kawasan penempatan pekerja dan turun padang untuk menyaksikan proses penanaman, pengumpulan serta pengilangan kelapa sawit dengan lebih dekat.