FBI beri amaran 'smart TV' boleh digodam untuk mengintip

Iklan
FBI memberi amaran televisyen pintar boleh digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan pengintipan.

AMERIKA SYARIKAT - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran televisyen pintar (smart TV) kini mampu digodam oleh individu tidak dikenali bagi melakukan pengintipan.

FBI dalam satu kenyataannya berkata, ini kerana televisyen pintar mampu diakses oleh penggodam melalui sambungan internet kepada alat berkenaan, lapor CBS News.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan teknologi terkini seperti boleh menukar saluran dengan menggunakan suara pada mikrofon juga mampu disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Pelbagai risiko boleh diterima antaranya mereka boleh menukar saluran, bermain dengan kelantangan suara dan boleh menunjukkan kepada anak-anak anda video yang tidak senonoh.

Iklan

"Namun risiko terburuk boleh diterima adalah mereka boleh menghidupkan kamera dan mikrofon televisyen di bilik tidur anda dan mengintip anda secara senyap.

"Baca arahan daripada pihak FBI jika ingin membeli televisyen pintar pada harga murah atau jika ada jualan murah seperti Black Friday," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, FBI juga meminta orang ramai agar sering menukar kata laluan televisyen pintar mereka di samping menampal pita pelekat pada kamera jika tidak digunakan.