RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan peranan yang berkesan dalam menghentikan jenayah pendudukan di Semenanjung Gaza, terutama dengan meluasnya gelombang kebuluran dan hukuman kolektif terhadap dua juta rakyat Palestin.
Menurut laporan Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), dalam pertemuan Mustafa dengan Ketua Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Pembinaan Semula di Gaza, Sigrid Kaag dan disertai Menteri Negara untuk Hal Ehwal Bantuan, Basil Nasser, di pejabatnya di Ramallah, Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.