183 koleksi seni telepuk dipamerkan

Iklan
Sultanah Nur Zahirah (dua dari kiri) berkenan melihat ruang pameran Seni Telepok ketika berangkat merasmikan Pameran Pesona Telepuk Seni Persada Emas di Muzium Tekstil Negara pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Karya milik kerabat diraja menjadi antara tarikan Pameran Pesona Telepuk: Seni Perada Emas yang dianjurkan sebagai usaha mengangkat seni berkenaan sebagai salah satu khazanah warisan negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sebanyak 183 koleksi seni telepuk dipamerkan terdiri daripada 49 koleksi tekstil telepuk, 130 sarang atau cap telepuk, empat penerbitan buku dan manuskrip milik Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Pergerakan Langkasuka, muzium-muzium negeri, agensi serta orang perseorangan.

Iklan
Iklan

Aaron Ago

Menurutnya, ia sebahagian usaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam menyegarkan kembali seni berkenaan yang menjadi satu bentuk seni menghias tekstil tradisional Melayu.

Iklan

"Pameran ini juga bertepatan dengan dasar kementerian melalui inisiatif Ini Warisan Kita untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat pelbagai kaum.

"Menariknya, pameran ini mempersembahkan koleksi telepuk ‘masterpiece’ milik kerabat diraja untuk tontonan umum seperti koleksi baju sikap, kain setangan dan kain sarung,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran pameran itu di Muzium Tekstil Negara (MTN) pada Khamis.

Iklan

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat mencemar duli bagi merasmikan program yang dianjurkan JMM menerusi MTN dengan kerjasama Yayasan Hasanah.

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah (kanan) berkenan berangkat mencemar duli bagi merasmikan Pameran Pesona Telepuk: Seni Perada Emas di Muzium Tekstil Negara pada Khamis.

Pameran berkenaan dibuka secara umum bermula 26 Oktober hingga 31 November ini.

Tambah Aaron Ago, tradisi dan budaya yang diwarisi daripada generasi terdahulu perlu dipelihara agar terus kekal sepanjang zaman.

Ujarnya, institusi permuziuman negara amat penting dalam mengekalkan dan melindungi khazanah sejarah serta budaya sekali gus menjadi agen pengukuhan jati diri rakyat.

"Ia tidak mustahil dapat direalisasikan secara kolektif yang melibatkan semua pihak sama ada daripada golongan pemimpin hingga ke rakyat biasa,” jelasnya.