[VIDEO] Pekerja ladang tidak mengaku salah cabul kakak ipar

Iklan

JEMPOL - Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau di sini, pada Jumaat atas pertuduhan mencabul kakak iparnya bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norhazwani Ishak.

Iklan
Iklan
Tertuduh (empat dari kiri) tiba di perkarangan mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 26 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 30 Oktober lalu, kira-kira jam 6 petang dalam bilik di sebuah rumah di Felda Palong.

Iklan

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada hukuman tersebut.

Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau di sini pada Jumaat atas pertuduhan mencabul kakak iparnya bulan lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Huzaifah Abdul Talib manakala tertuduh di wakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Lee Ee San.

Iklan

Majistret seterusnya membenarkan jaminan sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang berjumpa dan berhubung dengan mangsa bersama keluarganya sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Disember ini.