Warga Myanmar maut terperangkap dalam kebakaran

Iklan
Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran berkenaan. Foto JBPM

MUAR - Seorang warga Myanmar maut dalam kebakaran sebuah rumah di Bukit Bakri di sini, pada Khamis.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Baharuddin Ab. Rahman dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan sekitar jam 8.28 malam.

Iklan
Iklan

Katanya, satu pasukan melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) satu unit jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan satu jentera water tanker dengan 17 anggota dihantar ke lokasi.

"Setibanya ke lokasi, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenias separuh kekal seluas 20 x 70 kaki persegi telah terbakar dengan anggaran 90 peratus struktur rumah musnah.

Iklan

"Terdapat terdapat seorang mangsa lelaki dikenali sebagai Hein Htet, 26, warga Myanmar yang terperangkap dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Keadaan struktur rumah yang terbakar setelah api dipadamkan. Foto JBPM

"Mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila api merebak dengan cepat,” katanya.

Iklan

Menurutnya, bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya sekitar jam 8.50 malam, dan operasi pemadaman tamat pada jam 10.57 malam.

"Ketika ini, siasatan masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kebakaran," katanya.