14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California

Iklan
Imej satelit menunjukkan helikopter pemadam kebakaran berlegar di udara, susulan kebakaran hutan di kawasan gunung di Moorpark, California, AS. Foto Maxar Technologies/Handout via REUTERS

HOUSTON - Kebakaran hutan besar di California memaksa lebih 14,000 penduduk dipindahkan setakat Khamis, lapor Agensi Anadolu yang memetik sumber media.

Lebih 25 juta orang di bahagian selatan negeri itu kini berada di bawah amaran 'Red Flag' kerana keadaan kebakaran yang 'melampau dan mengancam nyawa.'

Iklan
Iklan

Kebakaran itu bermula pada Rabu di Ventura County, barat laut Los Angeles dan dengan cepat menghanguskan lebih 5,665 hektar tanah akibat angin kencang dengan tiupan sehingga 96.5 kilometer sejam.

Pegawai bomba meminta penduduk untuk meninggalkan kediaman mereka dengan segera.

Iklan

"...Keadaan akan menjadi panas, penuh dengan asap, anda tidak dapat melihat, sukar bernafas, dan anda pasti tidak mampu mempertahankan rumah anda. Akhirnya, anda terperangkap dan anggota bomba kami perlu masuk untuk menyelamatkan anda,” kata Ketua Jabatan Bomba Ventura County, Dustin Gardner, dalam sidang media.

Gabungan angin kencang dan keadaan yang sangat kering menyebabkan selatan California berisiko tinggi untuk kebakaran hutan merebak dengan cepat.

Iklan

Amaran 'Red Flag' digunakan untuk menggambarkan keadaan kebakaran yang 'melampau dan mengancam nyawa.'

Punca kebakaran belum dapat dipastikan, tetapi pihak berkuasa akan menjalankan siasatan sebaik sahaja kebakaran berjaya dikawal.

Tiada kematian atau orang hilang dilaporkan, tetapi pihak berkuasa memaklumkan beberapa penduduk cedera, dengan beberapa orang dirawat kerana terhidu asap.

Semua sekolah di Ventura County ditutup sepanjang minggu ini. - Bernama/Anadolu