20,000 usahawan Madani bakal dilatih tahun depan

Iklan
Mustaffa (lima dari kanan) menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Usahawan Madani Bumiputera di Hotel UiTM Shah Alam.

SHAH ALAM - Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menjangkakan kira-kira 20,000 usahawan Madani bakal dilatih sepanjang tahun depan.

Pengerusinya, Mustaffa Kamil Ayub berkata, ia adalah hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melahirkan usahawan berdaya tahan, berdaya saing dan mempunyai daya juang yang kental.

Iklan
Iklan

"Kita sasarkan seramai 10,000 usahawan Madani akan berjaya dilatih tahun ini seperti diseru Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

''Sejumlah program serta modul baharu pula bakal diperkenalkan dengan meminimumkan kos agar lebih ramai terlibat selain program latihan dan bimbingan sedia ada pada tahun depan,'' katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Usahawan Madani Bumiputera (SUMBU) di Hotel Universiti Teknologi Shah Alam (UiTM) Shah Alam di sini pada Jumaat.

Dalam majlis perasmian itu, Mustaffa turut menyeru semua pihak agar melahirkan usahawan Madani yang mampu menghayati enam rukun Malaysia Madani dalam amalan keusahawanan.

Sebahagian peserta yang hadir pada Majlis Perasmian Seminar Usahawan Madani Bumiputera di Hotel UiTM Shah Alam.

Iklan

''Dengan ihsan, usahawan akan menjaga integriti dan tidak mengamalkan rasuah, manakala daya cipta bermaksud kreativiti dan inovasi yang berterusan dalam tawarannya kepada pelanggan.

''Demikian juga dengan kemampanan, kesejahteraan, hormat, dan keyakinan,'' ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Mustaffa turut berkongsi berhubung ekosistem keusahawanan yang ditawarkan Kerajaan Madani dengan kewujudan lebih 60 agensi bagi membangunkan usahawan.