Malaysia buat masa ini akan meneruskan komitmen untuk menempatkan pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) dalam misi pengaman di Selatan Lubnan, meskipun berdepan cabaran susulan konflik yang melanda negara berkenaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang ketetapan yang akan diambil juga tertakluk kepada keputusan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).