Dari peminat jadi suami, sikap penyayang pikat hati Ina

Iklan
Mohd Khairul selamat diijabkabulkan dengan Ina di Felca Sungai Ara Kota Tinggi pada pagi Jumaat.

KOTA TINGGI - Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim, 41 meluahkan rasa syukur kerana akhirnya menemui calon suami yang tepat untuk hidup bersama dan membesarkan anak-anak.

Balu Allahyarham Suhaimi Saad itu berkata, hatinya terbuka menerima Mohd Khairul Rizal Shukor kerana sikap penyabar dan penyayang yang mampu menambat hati anak-anak.

Iklan
Iklan

"Suami merupakan peminat kami (Ina dan Suhaimi). Permulaan saya hendak menerima dia agak lama juga. Saya solat istikharah dan mungkin dia (suami) dari pilihan hati saya, saya terima seadanya.

Ina dan Mohd Naim sah bergelar suami isteri.

"Keikhlasan yang ditunjukkan membuka pintu hati saya. Pada peringkat permulaan anak-anak tidak boleh terima, mereka tak nak lagi ada ganti ayah mereka.

Iklan

"Saya terangkan yang mereka perlu belajar, perlu ada ketua. Alhamdulillah sebulan hingga dua bulan juga mereka hendak terima," katanya.

Sebelum itu, Ina sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal hanya dengan sekali lafaz, para jam 9.50 pagi Jumaat di kampung halamannya di Felcra Sungai Ara di sini.

Iklan

Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji yang mewakil wali bapa Ina, Mohd Naim Samijan.

Ina menerima mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan dan sebentuk cincin, selain wang hantaran sebanyak RM7,000.

Ina memberitahu akan terus menetap di Johor Bahru selepas mendirikan rumah tangga kerana mahu fokus dengan perniagaan dan pekerjaan masing-masing.

"Tiada perancangan pun untuk bulan madu, banyak kerja. Saya baru keluar produk baharu, sambal petai, sambal paru dan daging salai, jadi saya nak fokus perniagaan dahulu.

"Suami pula, saya dah minta dia sambung apa yang arwah (Suhaimi) buat iaitu mengajar anak-anak," katanya.

Sementara itu, Mohd Khairul berkongsi detik perkenalan dengan Ina melalui media sosial pada Mei lalu.

Jelasnya, pengalaman sebagai pengajar membuatkan dia terdetik mahu membantu Ina membuat 'profiling' mengenai pendidikan keempat-empat anak Ina.

"Saya tertarik melihat arwah dan Ina buat 'homeschooling' pada anak-anak mereka. Oleh itu saya buat kertas kerja macam mana hendak sambung belajar dan Ina cukup berminat.

"Alhamdulillah, bermula dari situ, kami semakin rapat dan akhirnya bergelar suami isteri," katanya.

Ina bergelar ibu tunggal selepas Suhaimi yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, meninggal dunia pada 15 November 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 16, Sallman Elkhoyri, 14, Phyrosh Elfadwah, 12 dan Nur Layla Elghufrony, 10.

Pada masa sama, Mohd Khairul Rizal yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan dan juga duda, mempunyai dua anak masing-masing perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia 10 tahun.