Dua beranak maut ditikam: 'Saya reda kehilangan 'dua nyawa' saya serentak'

Iklan
Khalida (dua dari kiri) ditenangkan ahli keluarganya sewaktu keluar daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada Jumaat.

GEORGE TOWN -"Saya reda kehilangan 'dua nyawa' saya serentak," kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Khalida susulan suami dan anaknya maut ditikam dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam di sini pada Khamis.

Walaupun kematian suami dan anaknya itu sungguh menyayat hati dan menyedihkan, namun dia reda dan menganggap sudah ketentuan takdir.

Iklan
Iklan
Seorang wanita dan bapanya maut selepas ditikam seorang lelaki di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam pada petang Khamis.

"Kita tak tahu kematian kita macam mana, kematian mereka (anak dan suami) dah tahu dah macam mana," katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Wanita itu dilihat keluar dari di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini sambil diiringi beberapa orang ahli keluarga pada jam 12.49 tengah hari lalu menaiki sebuah kereta dipercayai mahu pulang ke rumahnya.

Iklan
Khalida (kiri) keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk pulang ke rumahnya.

Kesemua ahli keluarga kelihatan sugul susulan kejadian yang menimpa dua beranak tersebut.

Dalam kejadian pada petang Khamis, seorang wanita dan bapanya maut selepas ditikam seorang lelaki di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim di Ayer Itam pada jam 12.54 tengah hari.

Iklan

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa wanita berusia 30 tahun manakala bapanya berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah.

Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut itu direman selama tujuh hari.