Peserta forum 'Haram' UIAM bergelap, penganjur tidak mohon permit

Iklan
Keadaan program berlangsung dalam keadaan gelap selepas bekalan elektrik di lokasi program dipadamkan.

GOMBAK - Forum anjuran Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada malam Khamis berlangsung dalam suasana gelap.

Iklan
Iklan

Bekalan elektrik dipadamkan selepas program mengangkat isu Warga Tidak Bernegara = Anak Haram itu diadakan tanpa kebenaran pihak universiti.

Program berlangsung jam 8.30 malam di pekarangan sebuah kafe dalam kampus mengundang aktivis, Yap Xiang; aktivis masyarakat, Cikgu Rahayu; Wong Kueng Hui dengan moderater, Aaliyah Danial.

Iklan

Yap Xiang menerusi ciapan di aplikasi X berkongsi keadaan perjalanan program yang terganggu seketika selepas lampu di lokasi program ditutup.

Menurutnya, situasi itu berlaku selepas kehadiran anggota polis termasuk dari unit Cawangan Khas (SB) ke lokasi tersebut.

Iklan

"Ini ke layanan terhadap mahasiswa yang bicarakan ilmu?.

"Ironinya inilah kehidupan pelajar di Sekolah Alternatif Semporna, mati elektrik setiap minggu dan polis datang belajar bersama kami," kongsinya menerusi ciapan pada Khamis.

Yap Xiang kemudian memaklumkan, program yang terganggu itu kemudian dapat diteruskan selepas bekalan elektrik di kafe berkenaan disambung semula.

"Perkembangan terkini: lampu dan kipas di lokasi program telah dibuka semula, terima kasih pihak yang campur tangan," katanya.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak menerusi maklum balas kepada media berhubung isu itu berkata, UIAM melarang program itu diadakan susulan penganjur tidak memohon kebenaran mengadakan ceramah.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima.

Sementara itu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan UIAM berkenaan perkara itu.