TASK, Pennawaris beri pendedahan pengurusan harta pusaka

Iklan
Seramai penghulu di Kedah mengambil bahagian dalam program Jejak Waris Hijau Kuning pada Khamis.

ALOR SETAR - Seramai 112 penghulu di Kedah mengambil bahagian dalam program Jejak Waris Hijau Kuning dianjurkan Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) dengan kerjasama syarikat perancangan dan pengurusan harta pusaka, Pennawaris Sdn Bhd di Wisma Darul Aman, di sini, pada Khamis.

Program tanggungjawab sosial korporat itu dianjurkan untuk menangani isu tunggakan kes pusaka yang meningkat di negeri ini dan wajar diberikan perhatian serius semua pihak.

Iklan
Iklan

Difahamkan, banyak proses perbicaraan tertangguh dalam tempoh panjang semenjak penularan pandemik Covid-19 kira-kira empat tahun lepas.

Jumlah tunggakan kes pengurusan pusaka kian meningkat dan amat membimbangkan, walaupun pelbagai input di peringkat lapangan diperoleh menerusi pelbagai program turun padang bersama rakyat serta pertemuan bersama ketua-ketua komuniti.

Iklan

Proses tuntutan harta pusaka menjadi bertambah rumit apabila waris-waris yang layak menerima pusaka tersebut telah meninggal dunia sebelum kes ini dapat diselesaikan.

Sehubungan itu, Ahli Lembaga TASK, Datuk Paduka Bakar Din berkata, program jalinan kerjasama antara TASK dengan pentadbiran kerajaan negeri Kedah serta Pennawaris selaku pemain industri diadakan dalam memberi pendedahan kepada penghulu tentang ilmu perwarisan serta pelbagai solusi berkaitan pengurusan harta pusaka.

Bakar

Iklan

"Selaku barisan hadapan, penghulu merupakan pusat rujukan setempat yang memainkan peranan penting dalam menyampaikan ilmu pewarisan yang betul dan beretika.

"Ia sekali gus dapat memastikan harta pusaka diurus dengan cara patuh syariah dan dapat dimanfaat oleh waris bagi kelangsungan hidup mereka” katanya selepas merasmikan Program Jejak Waris Hijau Kuning di Wisma Darul Aman, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pengurus Besar TASK, Azhan Abd Hamid; Timbalan Pengerusi Pennawaris Sdn Bhd, Sharen Alzalip dan Pengerusi Kesatuan Penghulu / Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Kedah Darul Aman, Jamani Jamaludin.

Sharen Alzalip

Sementara itu, Sharen Alzalip berkata, pihaknya amat optimistik dalam memberi pendedahan khususnya kepada penghulu tentang kepentingan melantik pentadbir harta atau 'wasi' yang merupakan kunci bagi memulakan proses tuntutan harta pusaka.

"Kebanyakan kes tuntutan pusaka yang tertangguh adalah berpunca daripada perbalahan diantara ahli keluarga untuk melantik pentadbir bagi mewakili waris-waris yang lain untuk menguruskan pusaka si mati," katanya.

Beliau menambah, konflik yang tercetus ini mengakibatkan proses tuntutan tertangguh sehingga bertahun-tahun lamanya.