PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang mengakibatkan enam anggota Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) di Bandar Sidon, Lubnan.
Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, tindakan Zionis itu adalah tidak dapat diterima.
"Bagi Jemaah Menteri dan juga Kerajaan Malaysia, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan berterusan Zionis terhadap Lubnan dan juga pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) yang mana MALBATT 850-12 sebahagian daripadanya," katanya ketika sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan serangan dron Israel yang menyasarkan sebuah kenderaan awam berhampiran Stadium Saida, Lubnan.
Bas yang membawa anggota MALBATT 850-12dari Beirut ke Kem Marakah jam 1.54 petang waktu tempatan telah menyebabkan enam anggota cedera.
Tentera Darat Lubnan memaklumkan kenderaan membawa anggota pengaman MALBATT 850-12 itu sedang melalui sekatan jalan.
Serangan ke atas sebuah kereta itu menyebabkan tiga warga Lubnan meninggal dunia.