MTL: Sempadan Malaysia-Thailand terima peningkatan hujan

Iklan
Kawasan sempadan Malaysia-Thailand dijangka menerima peningkatan taburan hujan antara 20 hingga 40 peratus pada November dan Disember ini. Foto hiasan. Gambar kecil: Mohd Hisham)

SEPANG - Kawasan sempadan Malaysia-Thailand dijangka menerima peningkatan taburan hujan antara 20 hingga 40 peratus pada November dan Disember ini susulan fenomena Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ramalan itu berdasarkan majoriti dapatan model cuaca di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Akan berlaku hujan lebih sikit daripada purata, begitu juga di Sabah dijangka berdepan situasi sama yang mana lebih panjang, sehingga Februari tahun depan.

"Kemuncak MTL lazimnya berlaku pada penghujung November sehingga awal Januari, bermakna pada Disember nanti boleh dikatakan semua negeri di Pantai Timur termasuk Sabah dan Sarawak akan menerima hujan yang banyak," katanya ketika ditemui selepas Sesi Libat Urus Persiapan Kerajaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2024/2025 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu beliau menjelaskan, ramalan cuaca setakat tujuh hari akan datang adalah sederhana dan dijangka keadaan lembap untuk beberapa hari terutama di negeri Pantai Timur dan Utara tanah air.

"Kita tengok ada pergerakan angin yang membawa kelembapan tinggi, jadi selalunya berlaku hujan.

Iklan

"Negeri-negeri terlibat akan lembap beberapa hari, tetapi hujan lebat monsun yang biasa terima ketika MTL, tak nampak lagi untuk seminggu ke depan," ujarnya.

Sementara itu beliau memaklumkan, larangan turun ke laut terutama bagi nelayan bergantung kepada pihak berkuasa negeri masing-masing dan MetMalaysia hanya memberi nasihat dan saranan.

Beliau berkata, ketika ini angin timur laut belum kencang dan keadaan ombak masih belum di tahap bahaya untuk aktiviti laut.

"Kita akan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa, tetapi seminggu ke hadapan setakat ini tidak nampak ada angin timur laut kuat yang akan menyebabkan ombak besar atau hujan lebat," jelasnya.

Terdahulu MetMalaysia mengeluarkan amaran permulaan fasa MTL bermula 5 November yang diramal berterusan hingga Mac tahun hadapan.