Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir

Iklan
Wooi Yik (kanan)-Aaron meneruskan momentum positif di Korea Masters.

BEREGU utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum positif dalam Korea Masters apabila mara ke separuh akhir kejuaraan Super 300 itu di Iksan Gymnasium, Iksan City, Jeolla Utara, pada Jumaat.

Aaron-Wooi Yik yang tampil dengan status pilihan pertama kejuaraan edisi ke-16 itu tidak berdepan masalah menyingkirkan gandingan tuan rumah, Kim Jae-hyeon-Lee Sang-won straight set dalam aksi suku akhir.

Iklan
Iklan

Set pertama, Aaron-Wooi Yik berstatus nombor enam dunia memulakan langkah dengan kemenangan, 21-17 sebelum meneruskan menamatkan kebangkitan pesaing dengan 21-12 dalam masa 33 minit.

Kemenangan itu membolehkan Aaron-Wooi Yik berdepan gandingan dari Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin dalam aksi separuh akhir.

Iklan
Iklan

Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin berstatus nombor 76 dunia sebelum itu menewaskan gandingan 43 dunia China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han, 21-12, 16-21, 21-19 dalam masa 62 minit.