Dua nelayan ditahan, 200kg ikan dirampas

Iklan
Bot nelayan kelas C ditahan Maritim Malaysia selepas didapati menangkap ikan tidak mengikut syarat sah lesen.

GEORGE TOWN - Sebuah bot nelayan tempatan bersama 200 kilogram hasil tangkapan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang selepas didapati menangkap ikan di kawasan yang tak dibenarkan.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, bot nelayan kelas C itu ditahan di kedudukan 6.3 batu nautika tenggara Pulau Kendi di sini, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pada awalnya bot peronda melakukan rutin penguatkuasaan sebelum melakukan pemeriksaan terhadap bot terbabit yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan.

200kg ikan baja turut dirampas.

"Bot terbabit yang berada di kedudukan 6.3 batu nautika tenggara Pulau Kendi itu diperiksa selanjutnya dan mendapati dua kru warga tempatan berumur lingkungan 49 hingga 61 sedang bekerja di atas bot berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Iklan

Razali berkata, tangkapan dilakukan kerana mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen di mana mereka menangkap ikan di bawah 15.0 batu nautika.

Kesemua kru, vesel bersama hasil tangkapan dianggarkan 200 kilogram ikan baja telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

Iklan