Forum 'Haram' diteruskan atas dasar advokasi - UIAM

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

GOMBAK - Forum Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram) tetap diteruskan pada Khamis walaupun diadakan tanpa memohon kebenaran daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) UIAM dalam satu kenyataan memaklumkan, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Libatsama Komuniti), Profesor Datuk Dr Mohamad Fauzan Noordin memberikan kelonggaran membenarkan forum itu diteruskan atas dasar advokasi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Mohamad Fauzan yang kebetulan berada di kampus ketika itu turut meluangkan masa seketika menyantuni peserta program.

"Untuk makluman forum tersebut berlangsung tanpa mendapat kebenaran dari pihak universiti.

Iklan

"Walaupun begitu, forum tersebut tetap berlangsung dengan aman dan baik sehingga selesai.

"Tiada sebarang pembatalan atau penangguhan forum tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Kenyataan itu menjawab video tular berkaitan forum pelajar di UIAM berlangsung dalam keadaan bergelap selepas bekalan elektrik ditutup.

Aktivis, Yap Xiang menerusi ciapan di aplikasi X berkongsi keadaan perjalanan program yang terganggu seketika selepas lampu di lokasi program ditutup.

Yap Xiang memaklumkan, situasi itu berlaku selepas kehadiran anggota polis termasuk dari unit Cawangan Khas (SB) ke lokasi tersebut.

OCAP dalam kenyataan sama, menasihati sebarang persatuan pelajar UIAM yang ingin membuat sebarang majlis atau forum untuk mendapatkan kebenaran penganjuran kepada pengurusan universiti terlebih dahulu.

Ujarnya, segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak universiti perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang masalah kelak.