Enam anggota MALBATT cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM

Iklan
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12

KUALA LUMPUR - Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sedang menyiasat kejadian serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12).

Dalam kenyataan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera kini selamat tiba ke destinasi di Kem Marakah.

Iklan
Iklan

ATM menjelaskan, konvoi berkenaan selamat tiba pada hari kejadian jam 5.08 petang waktu Lubnan bersama lima daripada enam anggota yang cedera ringan.

Salah seorang anggota yang menerima rawatan di Hospital Hamood juga telah dibenarkan keluar hari ini jam 12.01 pagi waktu Lubnan dan kini berada di Kem Marakah bersama anggota lain.

Iklan

Rawatan susulan terhadap anggota yang mengalami kecederaan akan diteruskan oleh Pegawai Perubatan MALBATT 850 dan mereka meneruskan tugasan seperti biasa apabila pulih sepenuhnya.

ATM akan meneruskan rancangan pertukaran trup antara MALBATT 850-11 dan MALBATT 850-12 mengikut jadual yang telah dirancang oleh UNIFIL.

Iklan

Seramai 219 orang kumpulan kedua MALBATT 850-12 dijangka akan berlepas pada 10 November ini manakala trup MALBATT 850-12 yang masih berada di Malaysia tetap menjalankan tugas seperti biasa dan sedang bersiap sedia sebelum diatur gerak ke Lubnan. - Awani