SHAH ALAM - Kerajaan perlu meningkatkan kesedaran dan integriti dalam kalangan masyarakat menerusi pendidikan dan kempen pembentukan nilai moral sejak di usia awal persekolahan.
Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, mereka perlu sedar bahawa rasuah merupakan musuh utama negara.
Menurutnya, kejayaan membanteras rasuah di negara akan memberikan rakyat kualiti hidup dan peluang pekerjaan yang lebih baik.
"Walaupun perkembangan ekonomi Malaysia menunjukkan kadar pergerakan yang positif namun isu rasuah masih belum lagi ada penamatnya bahkan kes rasuah setiap hari berlaku dalam berbagai sektor.
Sebelum itu, Isu rasuah politik, kewangan, pengangguran dan kemiskinan kekal menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia apabila rekod tinjauan Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) terus mencatatkan peningkatan.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Rabu, walaupun rakyat Malaysia semakin yakin dengan masa depan ekonomi, namun mereka perlu diyakinkan bahawa masyarakat pada umumnya bebas daripada rasuah dan jenayah.
Tambah Hamdan Daniel, sudah sampai masanya semua pihak mencari formula baharu untuk menangi gejala Rasuah.
"Rakyat berhak mendapat kecekapan ekonomi dan takbir urus yang baik.
"Semoga dengan peningkatan ekonomi yang semakin baik maka rakyat juga akan dapat merasai kehidupan tanpa ketirisan berlaku seterusnya dapat menikmati kemakmuran negara," jelasnya.