PUTRAJAYA - Lokasi penganjuran Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI yang dijadualkan pada 22 hingga 24 November ini ditukar ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Iklan
Iklan
"Ini telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar) dalam mesyuarat hari ini, antara lain mungkin faktor lokasi dan ruang yang menjadi pertimbangan," katanya pada sidang akhbar mingguan Menteri Komunikasi di sini.
Lokasi penganjuran sambutan itu sebelum ini ditetapkan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, sambutan itu dijangka dihadiri oleh seluruh jentera pentadbiran negara termasuk Perdana Menteri dan Jemaah Menteri selain ketua-ketua jabatan serta agensi.
"Perincian program-program yang akan diadakan sempena sambutan ini akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya. - Bernama