'Ayah layan ibu, adik-adik tanpa rasa kekok' - Anak Ina Naim

Iklan
Ehmad Hadie ( duduk, kanan) mengesat air mata selepas ibunya Ina selamat diijabkabulkan dengan Mohd Khairul (duduk, kiri).

SELESAI lafaz akad nikah, anak sulung kepada Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie, 16, dilihat sebak dan mengesat air mata apabila melihat ibunya kembali bergelar isteri.

Sebagai anak sulung daripada empat beradik, Ehmad Hadie tentunya antara yang paling hiba selepas ibunya Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, selamat diijabkabulkan dengan Mohd Khairul Rizal Shukor, 41.

Iklan
Iklan

Ehmad Hadie yang memakan baju biru sedondon dengan adik-beradiknya dilihat duduk di sebelah bapa tirinya, Mohd Khairul sewaktu akad nikah berlangsung.

Ina memeluk erat Ehmad Hadie selepas selamat diijabkabulkan dengan Mohd Khairul.

Ina turut memeluk anak sulung itu dan dilihat mengelap air mata serta ditenangkan individu yang berada di sebelahnya.

Iklan

Dalam pada itu, Ehmad Hadie bersyukur dan mendoakan kebahagiaan serta merestui perkahwinan ibu tersayang mereka.

Tambah Ehmad Hadie, dia membuka hati menerima bapa tiri kerana melihatnya melayan baik ibu serta adik-adik tanpa rasa kekok.

Iklan

Sebelum itu, Ina sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal hanya dengan sekali lafaz, pada jam 9.50 pagi Jumaat di kampung halamannya di Felcra Sungai Ara di sini.

Ina bergelar ibu tunggal selepas Suhaimi yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, meninggal dunia pada 15 November 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 16, Sallman Elkhoyri, 14, Phyrosh Elfadwah, 12, dan Nur Layla Elghufrony, 10.

Pada masa sama, Mohd Khairul Rizal yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan dan juga duda, mempunyai dua anak masing-masing perempuan berusia 12 tahun dan lelaki 10 tahun.