Selangor rangka pelan bina sistem terowong bawah tanah elak banjir

Iklan
Kerajaan Selangor merangka pelan rancangan untuk membina sistem terowong bawah tanah yang pertama di negara ini sama seperti digunakan di Jepun dalam usaha menangani isu banjir di negeri ini dan Kuala Lumpur. Gambar hiasan

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor merangka pelan rancangan untuk membina sistem terowong bawah tanah yang pertama di negara ini sama seperti digunakan di negara Jepun dalam usaha menangani isu banjir di negeri ini dan Kuala Lumpur.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pendekatan itu perlu dilaksanakan sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang bagi pengurusan banjir di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, projek seumpama itu telah dilaksanakan di dua bandar di Jepun yang telah menggunakan kaedah mengalirkan air terus ke dalam terowong bawah tanah.

"Saya telah melawat di dua tempat di Jepun iaitu di Kawasaki dan Saitama yang telah pun melaksanakan sistem tersebut," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Pakej B di Rumah Pam SJAM, Kolam Hang Tuah No. 5, Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya pada Jumaat.

Izham (dua dari kanan) memotong riben sebagai simbolik Majlis Penyerahan Projek SJAM Pakej B di Rumah Pam SJAM, Kolam Hang Tuah No. 5, Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya pada Jumaat.

Menurut Izham, pelan rancangan itu telah dibawa Kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi memperhalusi serta mempericikan perkara tersebut.

Iklan

Beliau memberitahu, sebanyak RM6 bilion diperlukan bagi pelaksanaan projek terbabit di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan.

"Selain itu, saya juga telah sebutkan perkara ini dalam Mesyuarat Exco dan ucapan pada (Sidang) Dewan (Selangor) bahawa projek ini perlu dilaksanakan bagi atasi isu banjir kerap yang melanda ibu kota dan Lembah Klang.

"Kita berharap dapat menyelesaikan isu banjiri ini segera kerana ia berlaku di luar kebiasaan dan kita perlu fikir kaedah menanganinya pada masa akan datang," ujar beliau.