Tanda kesedihan tragedi berdarah

Iklan
Orang ramai yang masih bersedih meletakkan kalungan bunga dan mesej bertulis di hadapan bangunan pusat beli belah Terminal 21sehari selepas seorang anggota tentera melepaskan tembakan yang menyebabkan berlakunya pembunuhan. Foto Reuters

NAKHON RATCHASIMA - Orang ramai yang masih bersedih meletakkan kalungan bunga dan mesej bertulis di hadapan bangunan pusat beli belah Terminal 21 di timur laut Thailand, sehari selepas seorang anggota tentera melepaskan tembakan menyebabkan sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh manakala 57 lagi cedera di kesemua lokasi terbabit, lapor Reuters.

Seorang wanita yang membawa sebuah jambangan bunga dilihat bertafakur dan berdoa di luar pusat beli belah di bandar Nakhon Ratchasima, manakala beberapa pengunjung lain menandatangani kad ucapan dan saling berkongsi kesedihan.

Iklan
Iklan

Upacara menyalakan lilin bagi memperingati tragedi berdarah itu turut diadakan malam tadi di empat lokasi utama sekitar bandar ini yang diketuai barisan sami Buddha.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran pusat membeli belah tersebut, Thanaphorn Tongweraprasert, 29, berkata, walaupun ramai di sini tidak mengenali mangsa namun bersimpati dengan kejadian yang menimpa mereka.

Iklan

”Anda berkongsi kesedihan ini. Ia berlaku di sini, di tanah tumpah darah kami. Ia begitu tragik dan menyedihkan,” katanya.

Terdahulu, ketika kejadian ramai mangsa yang maut ketika perhentian terakhir suspek selepas mengamuk dan mencuri senjata dari pangkalan tentera tempat dia bertugas.

Iklan

Dia yang berang selepas urusan hartanah berjalan tidak seperti diharapkan memulakan pembunuhan berkenaan dengan menembak mati pegawai pemerintah di kediaman mangsa, tengah hari Sabtu.

Suspek kemudian beralih ke pangkalan tentera, membunuh seorang pengawal keselamatan dan mencuri senjata berkuasa tinggi serta peluru, sebelum melarikan diri menaiki kenderaan pacuan empat roda menuju ke sebuah kuil Buddha.