PRN Sabah: 'Parti lain tidak perlu tentukan dengan siapa kita kerjasama' - Hajiji

Iklan
Hajiji hadir pada Persidangan Agung Tahunan 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan bahawa kerajaan yang dipimpinnya berhak menentukan sendiri dengan siapa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, pihaknya mempunyai formula sendiri bagaimana untuk menguruskan negeri dan juga kerjasama yang akan dibuat menjelang pilihan raya nanti.

"Jadi, saya ingat kerjasama yang terjalin di antara Gagasan Rakyat dalam GRS sekarang ini dengan Pakatan Harapan (PH) Plus itu cukup baik, cukup mesra sekarang ini kerana kita dalam kerajaan.

Iklan

"Bagi saya, tidak perlulah orang luar atau pun parti lain menentukan apa yang patut kita buat, kita sebagai kerajaan, kita yang menentukan hala tuju kita dan kerjasama kita dengan siapa," katanya dalam program Podcast sempena Persidangan Agung Tahunan 2024 pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hala tuju Gagasan Rakyat susulan berita pertemuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.

Iklan

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa BN dan PH telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi PRN Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan GRS akan turut bekerjasama dengan BN dan PH pada PRN tersebut.

Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi GRS menyelar tindakan beberapa pihak yang memperlekehkan slogan Sabah Maju Jaya yang diperkenalkan beliau sebelum ini.

"Sebenarnya kita mahu memperkasakan Sabah Maju Jaya dan kebetulan saya ambil (slogan ini) untuk menekankan hala tuju kita yang kita fokus kepada pertanian, perindustrian dan juga pelancongan.

"Kenapa saya guna Sabah Maju Jaya ini, yang dulu mereka tidak pakai cogan kata ini, kerana setiap negeri ada cogan katanya dan ada slogan yang mereka pakai, contohnya di Sarawak, 'Sarawak Maju Makmur', jadi kenapa kita tidak pakai slogan kita.

"Jadi orang yang mempunyai pemikiran negatif saja yang memperlekehkan Sabah Maju Jaya ini," katanya.