China, AS bekerjasama siasat kes penyeludupan bahan kimia

Iklan
Polis China sedang menyiasat kes penyeludupan bahan kimia dengan kerjasama penguat kuasa undang-undang AS. Foto Agensi

BEIJING - Polis China sedang menyiasat kes penyeludupan bahan kimia dengan kerjasama penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat (AS), menurut Kementerian Keselamatan Awam pada Jumaat, lapor Xinhua.

Polis di Wilayah Hubei, tengah China, sedang menyiasat kes ini berdasarkan petunjuk yang diberikan pihak AS, menurut kenyataan dikeluarkan oleh kementerian itu, yang menyebut suspek dalam kes ini mengeksploitasi perbezaan peraturan mengenai bahan kimia dan terbabit dalam aktiviti penyeludupan rentas sempadan serta transaksi pertukaran wang haram.

Iklan
Iklan

Empat suspek, termasuk seorang lelaki berusia 38 tahun dikenali sebagai Gao, telah ditahan dan sebuah syarikat yang dikendalikan oleh Gao telah ditutup, menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu siasatan masih belum selesai.

Iklan

Agensi penguat kuasa undang-undang China dan AS baru-baru ini memperkukuh kerjasama dalam memerangi jenayah rentas sempadan. Kedua-dua pihak melancarkan kumpulan kerja antidadah pada Januari lepas, dan mengadakan mesyuarat pegawai kanan di bawah rangka kerja kumpulan itu pada Julai.

Sehari sebelumnya, Kementerian Keselamatan Awam China mendedahkan agensi penguatkuasa kedua-dua negara berjaya menyelesaikan kes penipuan telekomunikasi rentas negara, membantu mangsa dari China dan AS memperoleh semula lebih daripada AS$1.7 juta. - Bernama

Iklan