'Hilang' selepas merajuk tidak dibenar keluar malam, ibu rayu Farisah pulang

Iklan
Berita kehilangan Nur Farisah Adlina yang tular di media sosial.

JOHOR BAHRU - Ibu kepada seorang remaja perempuan, Nur Farisah Adlina Ismail, 16, yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah mereka di Bandar Baru Uda pada awal pagi Khamis merayu ihsan orang ramai bagi mengesan lokasi anaknya ketika ini.

Iklan
Iklan

Saadah Abd Kadir, 40, berkata, kali terakhir dia mendapat perkhabaran mengenai anaknya melalui ibu angkat remaja berkenaan yang dipanggil ‘mama’ oleh anak bongsunya itu.

"Untuk pengetahuan, anak saya ada seorang ibu angkat, iaitu ibu rakan karibnya di sekolah dan dia ada menghubungi ibu angkatnya semalam.

Iklan

"Menurut ibu angkatnya, Nur Farisah beritahu dia kini selamat dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

"Tetapi setahu saya, anak saya tidak ada membawa telefon bimbit ketika keluar dari rumah semalam,” katanya.

Iklan

Pada Jumaat, tular berita mengenai kehilangan Nur Farisah Adlina yang dikatakan keluar meninggalkan rumah sekitar jam 7.30 pagi, Khamis susulan berlaku pertengkaran dengan ibunya pada malam sebelumnya.

Difahamkan, pertengkaran berkenaan berpunca kerana Saadah tidak membenarkannya keluar bersama rakan pada waktu malam.

Tambah Saadah, anaknya itu juga mengatakan mahu menziarahi ayah kandungnya yang mengalami kemalangan, namun ia ternyata tidak benar kerana dimaklumkan ayahnya itu kini bekerja di Kelantan.

"Perkara ini (menipu), membuatkan saya bertambah marah dan mungkin dia merajuk dengan saya agaknya, sebab itu dia berani buat macam ni.

"Cuma saya memang risaukan dia. Dia tidak bawa kad pengenalan, telefon, malah menurut suaminya, dia ada melihat anaknya itu membawa beg keluar dari rumah tetapi beg itu ditinggalkannya di belakang rumah jiran saya.

"Lagi pun selama ini dia tak pernah keluar seorang diri, mesti dua abangnya atau suami saya temankan,” katanya.

Sementara itu Saadah berkata, laporan polis juga sudah dibuat berhubung kehilangan anaknya.

"Saya buat laporan polis di Balai Polis Tampoi tetapi Pegawai Penyiasat merujuk laporan saya ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah), Johor Bahru Utara,” katanya.