Tiada korban akibat Taufan Rafael - Presiden Cuba

Iklan
Penduduk membersihkan kawasan kediaman mereka selepas kejadian Taufan Rafael di Artemisa, Cuba pada Khamis - Foto: AFP

HAVANA (Cuba) - Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel mengesahkan pada Khamis, tiada laporan kehilangan nyawa akibat Taufan Rafael di Cuba, lapor agensi berita Cuba, Prensa Latina.

Dalam mesyuarat terkini Majlis Pertahanan Nasional Cuba, beliau menekankan, keutamaan kini tertumpu kepada usaha pemulihan di wilayah barat Cuba iaitu Artemisa, Havana, dan Mayabeque, yang merupakan kawasan paling terjejas.

Iklan
Iklan

Beliau juga menegaskan pentingnya memastikan orang ramai sentiasa mendapat maklumat yang tepat semasa proses pemulihan.

Prensa Latina melaporkan Artemisa menjadi kawasan paling terjejas, terutama hospital, sekolah, pusat perkhidmatan, rumah, dan talian elektrik.

Iklan

Sementara itu, di Mayabeque, kerosakan dilaporkan terutamanya dalam sektor pertanian, merosakkan tanaman pisang dan ubi kayu diusahakan penduduk.

Kawasan Perbandaran Khas Isla de la Juventud turut dibadai Taufan Rafael yang menjejaskan kediaman dan kemudahan bangunan kerajaan, namun kerosakan terbesar dilaporkan di Cayo Largo de Sur.

Iklan

Di Havana, sekitar 77 rumah, 21 pusat pendidikan dan tujuh hospital terjejas dan kerosakan pada pokok serta talian elektrik. Jumlah kerugian masih dalam penilaian. - Bernama