KELAB Perancis, Stade Rennais FC menamatkan perkhidmatan Julien Stephan selakui pengurus kelab Ligue 1 tersebut pada Jumaat.
Ini selepas Les Rouge et Noirs yang ditubuhkan 10 March 1901 itu hanya menang tiga daripada 10 perlawanan liga pertama musim ini dengan kekalahan terbaharu 0-4 kepada AJ Auxerre di gelanggang lawan.
"Stade Rennais FC telah memuktamadkan berkenaan status ketua jurulatihnya Julien Stephan dan pembantunya Denis Zanko serta Bouziane Benaraibi.
"Sesi latihan pasukan profesional akan dikendalikan Sebastien Tambouret, dibantu Denis Arnaud dan Pierre-Alexandre Lelievre, sementara menunggu perkembangan lanjut pengendali baharu,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Ujian pertama Tambouret adalah melayan kunjungan Toulouse FC di Roazhon Park, awal pagi Isnin sebelum ke Parc des Princes berdepan gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) pada 23 November.
Stephan sebelum ini pernah bersama Rennes pada musim 2018 hingga 2021 mencipta sensasi memacu Les Rouge et Noirs menjuarai Piala Prancis pada 2019.
Dia juga pernah mengemudi Rennes tampil di saingan Liga Juara-Juara untuk pertama kalinya pada musim 2020/2021, sebelum mengundurkan diri dari posisinya pada akhir musim.
Selepas itu dia menyahut cabaran bersama Strasbourg selama 18 bulan, sebelum kemudian dipecat pada awal tahun lalu.
INFO
PENGURUSAN
2012–2015 Rennes B-19
2015–2018 Rennes B
2018–2021 Rennes
2021–2023 Strasbourg
2023–2024 Rennes