Pasukan keselamatan Turkiye 'tumpaskan' 16 militan Kurdish di Iraq, Syria

Iklan
Pasukan keselamatan Turkiye 'menumpaskan' 16 'pengganas' dalam operasi di utara Iraq dan utara Syria pada Jumaat - Foto: EPA

ANKARA - Pasukan keselamatan Turkiye 'menumpaskan' 16 'pengganas' dalam operasi di utara Iraq dan utara Syria, lapor Xinhua, memetik kenyataan Kementerian Pertahanan negara itu pada Jumaat.

Tentera Turkiye menyasarkan 10 anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan di kawasan Gara dan Hakurk di utara Iraq, menurut kementerian itu di platform media sosial X.

Iklan
Iklan

Dalam operasi berasingan di utara Syria, pasukan Turkiye membunuh enam anggota Unit Perlindungan Rakyat Kurdish Syria (YPG), katanya. Turkiye menganggap kumpulan YPG sebagai cabang PKK di Syria.

PKK, yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Turkiye, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah melancarkan pemberontakan terhadap Kerajaan Turkiye selama lebih tiga dekad.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa Turkiye sering menggunakan istilah"menumpaskan" dalam kenyataan mereka untuk merujuk kepada pengganas sama ada menyerah diri, terbunuh, atau ditangkap. - Bernama