ISTANBUL - Tiada perang lain yang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran secara langsung seperti yang berlaku dalam genosid yang berterusan di Gaza, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat, menurut laporan Agensi Anadolu (AA).
"Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak," kata Erdogan ketika berucap pada Sidang Kemuncak Antarabangsa Wanita dan Keadilan di ibu kota komersial Turkiye, Istanbul.