'Diusung bersama katil hospital untuk sahkan identiti'

Iklan
Keluarga lelaki ini hadir ke bank dengan menggunakan katil hospital untuk pengesahan identiti bagi pengeluaran wang. - Agensi

SHANDONG - Seorang lelaki yang sedang sakit tenat dibawa ke cawangan bank tempatan bersama katil hospital oleh keluarganya untuk mengesahkan identitinya bagi tujuan transaksi wang.

Kejadian berlaku di sebuah bank di wilayah Shandong, yang mana sebuah klip menunjukkan seorang wanita bergelut untuk menolak katil hospital lelaki itu ke bank berkenaan, selepas dimaklumkan bahawa satu-satunya cara untuk mengakses akaunnya adalah dengan mengesahkan identiti secara peribadi.

Iklan
Iklan

Walaupun keluarga itu menerangkan kepada pihak bank bahawa pemegang akaun sedang dirawat kerana masalah kesihatan yang serius, mereka tetap dengan keputusan bahawa lelaki itu perlu hadir secara langsung ke bank tersebut.

Jadi, satu-satunya penyelesaian yang ada adalah dengan menolak katil hospital tempat lelaki itu berbaring ke bank.

Iklan

Keluarga lelaki yang sakit itu dilaporkan memerlukan wang untuk membayar rawatannya, tetapi secara ironinya, satu-satunya cara untuk mengakses wang itu adalah dengan membahayakan nyawanya dengan membawa dia keluar dari hospital.

Klip yang tular itu juga menjadi perdebatan warga maya China, mereka mendakwa bahawa bank berkenaan boleh membuat pengecualian berdasarkan bukti kemasukannya ke hospital, malah sebilangan yang lain menyifatkan bahawa kejadian itu sesuatu yang memalukan yang telah terjadi di negara mereka. – Agensi

Iklan