PENGENDALI Liverpool, Arne Slot mengakui tidak terlalu terkejut dengan permulaan sempurna dipamerkan kelab Merseyside tersebut pada awal musim ini.
Sebaliknya bekas pengendali kelab Eredivisie Belanda, Feyenoord Rotterdam itu menyifatkan dia mewarisi The Reds yang dibangunkan hasil kekuatan semasa era Jurgen Klopp semasa tiba di Anfield.
"Saya tidak fikir kejutan adalah perkataan yang tepat untuk digunakan kerana sememangnya mengetahui kualiti dimiliki pasukan kami.
"Tetapi kualiti adalah satu perkara dan konsistensi adalah satu lagi. Saya tidak terkejut selepas melihat tenaga diberikan setiap pemain pada setiap hari.
"(Juga) apabila saya mula bekerja dengan mereka, melihat betapa banyak usaha yang dilakukan untuk mendapatkan keputusan ini,” kata Slot.
Liverpool kendalian Slot telah memenangi 14 daripada 16 perlawanan merentasi semua kejuaraan sejak mengambil alih kendalian daripada Klopp.
Kini Slot sekali lagi akan mengemudi The Reds berdepan Aston Villa, kendalian Unai Emery di Anfield pada Ahad.
Liverpool pada ketika ini juga memimpin Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan dua mata mengatasi penyandang juara Manchester City.
Selain itu, The Reds juga turut mengungguli Liga Juara-Juara dengan status satu-satunya pasukan dengan empat kemenangan dalam empat perlawanan.
LIGA PERDANA INGGERIS
JADUAL PERLAWANAN
SABTU (9 NOVEMBER)
Wolves lwn Southampton, 11 malam
West Ham United lwn Everton, 11 malam
Brentford lwn Bournemouth, 11 malam
Crystal Palace lwn Fulham, 11 malam
AHAD (10 NOVEMBER)
Brighton lwn Manchester City, 1.30 pagi
Liverpool lwn Aston Villa, 4 pagi
Manchester United lwn Leicester City, 10 malam
Nottingham Forest lwn Newcastle United, 10 malam
Tottenham Hotspur lwn Ipswich Town, 10 malam
ISNIN (11 NOVEMBER)
Chelsea lwn Arsenal, 12.30 malam