Bayangkan jikalau PH pembangkang!
Iklan
BAYANGKAN jikalau Pakatan Harapan (PH) berada dalam pembangkang. Apakah mereka boleh terima jawapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pemilihan U-Mobile Sdn Bhd sebagai penyelia rangkaian 5G kedua negara? Itulah soalan yang ditanyakan oleh mantan ahli Parlimen dan juga mantan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Dr Ong Kian Ming.
Awang fikir sebahagian besar rakyat Malaysia juga berpandangan macam beliau. Apa pun penjelasan yang diberikan oleh Menteri Komunikasi timbulkan lebih banyak pertanyaan dan keraguan dalam kalangan rakyat.