Pasca banjir dahsyat Sepanyol, ramai mangsa gagal ditemui

Iklan
Orang ramai mula membersihkan kediaman masing-masing yang dilitupi lumpur di Sedavi, selatan Valencia.

VALENCIA - Ribuan anggota penyelamat bertungkus-lumus mengepam air dari bangunan tenggelam, meredah jalan berlumpur dan membersihkan serpihan bangunan selepas banjir dahsyat pada minggu lalu yang mengorbankan ratusan orang awam.

Setakat ini, jumlah kematian direkodkan seramai 218 orang dan angka ini dijangka meningkat kerana sejumlah besar mangsa gagal ditemui.

Iklan
Iklan
Anggota perhutanan Sepanyol membersihkan lumpur di sepanjang Sedavi, selatan Valencia selepas ribut mencetuskan banjir besar di beberapa wilayah Sepanyol.

Kira-kira 17,000 anggota tentera, pegawai polis, pengawal awam dan bomba menghabiskan hari keenam mengagihkan bantuan, membaiki infrastruktur dan mencari mayat menggunakan jentera berat, dron dan anjing penghidu.

Anggota penyelamat membawa kelengkapan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap di bawah tempat letak kereta di Paiporta. - AFP

Pada masa sama, jalan raya dan landasan kereta api sedang dibaiki secara beransur-ansur, manakala 60 peratus daripada rangkaian telefon berjaya dipulihkan.

Iklan
Penyelam mencari mangsa yang dipercayai dibawa air hingga ke dalam sungai ketika banjir melanda El Palmar.

Jurucakap badan penyelaras kerja menyelamat di wilayah Valencia, Rosa Touris berkata, hampir semua bekalan kuasa telah dipulihkan dan 93 peratus daripada penduduk terjejas sudah mempunyai akses kepada bekalan api.

Orang ramai melihat kenderaan yang dihanyutkan banjir di jalan raya sekitar Sedavi, selatan Valencia. - AFP

Pada Isnin, penyelam menumpukan pencarian mereka untuk mencari mayat mangsa yang hilang dan terperangkap di garaj dan tempat letak kereta bertingkat di bandar Aldaia.

Iklan
Saudara-mara mangsa menampal poster anggota keluarga mereka yang hilang di Catarroja selepas banjir dahsyat melanda wilayah itu.

Ketua Unit Kecemasan Tentera, Jeneral Javier Marcos berkata, struktur bangunan tersebut dipenuhi jutaan liter air dan sebuah bilik dibina bagi menampung kira-kira 400 mayat.

Raja Sepanyol, Felipe VI bercakap dengan mangsa yang sedang marah semasa beliau melakukan lawatan di Paiporta sejurus bencana banjir.

Baru-baru ini, Raja Sepanyol, Felipe VI, Ratu Letizia dan Perdana Menteri Pedro Sanchez, berdepan detik mencemaskan apabila dibaling lumpur dan diejek mangsa banjir selepas marah dengan tindakan kerajaan yang lambat mengambil tindakan menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Seorang lelaki berehat bersebelahan serpihan perabot yang dihanyutka air banjir di Paiporta.

Menteri Dalam Negeri Fernando Grande-Marlaska menyalahkan kumpulan marginal atau kumpulan tersisih kerana mencetuskan keganasan di mana lumpur memercikkan muka dan pakaian raja, manakala tingkap kereta Sanchez dipecahkan.

Ribut yang mencetuskan banjir pada hari Selasa lalu dikatakan terbentuk apabila udara sejuk bergerak di atas perairan hangat Mediterranean.

Penduduk menerima bantuan makanan di Aldaia, barat Valencia yang dikendalikan sukarelawan tempatan.

Tetapi saintis memberi amaran perubahan iklim yang didorong oleh aktiviti manusia meningkatkan cuaca ekstrem dengan tempoh yang panjang dan berlaku dengan kerap.

Deretan kenderaan yang bertindan antara satu sama lain akibat bencana banjir di Sedavi, selatan Valencia.

Sumber: AFP