Ulat dalam nasi kerabu daging bakar

Iklan
Seorang wanita trauma apabila beberapa ekor ulat melekat pada tangannya semasa sedang menikmati nasi kerabu daging bakar yang dibeli dari sebuah kedai semasa berkunjung ke Kelantan. Foto Media sosial

KOTA BHARU - Seorang wanita trauma apabila beberapa ekor ulat melekat pada tangannya semasa sedang menikmati nasi kerabu daging bakar yang dibeli dari sebuah kedai semasa berkunjung ke negeri ini.

Kejadian tersebut berlaku semasa dia menjamah makanan tradisi Kelantan itu ketika menginap di sebuah hotel di sini.

Iklan
Iklan

Dia kemudian berkongsi kisah tersebut di aplikasi TikTok yang kemudian tular sejak Jumaat dengan memaparkan beberapa ekor ulat dilihat pada tangan serta kepingan daging pada nasi terbabit.

"Sampai sana dah lewat, 1 am (pagi)...husband (suami) rekemen (cadang) kedai nasi kerabu yang buka lewat. Pergi la tapau (bungkus). Bayangkan dah makan half (separuh) baru perasan ada ulat.

Iklan

"Ya ALLAH, terus kita orang jolok tekak nak bagi muntah semua makanan dalam perut," tulis wanita berkenaan di hantaran Tiktok miliknya.

Menurut wanita itu lagi, mungkin kerana kepenatan serta menikmati makanan terbabit sekitar jam 3 hingga 4 pagi menyebabkan dia tidak sempat ke kedai itu semula untuk melaporkan perkara terbabit kerana keesokannya terus pulang ke Kuala Lumpur.

Iklan

Menjawab kepada pertanyaan ramai, dia memberitahu tujuan membuat hantaran tersebut ialah untuk memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa seterusnya dan berhati-hati ketika membeli makanan walaupun kedai terbabit popular.