Masa untuk selamatkan anak kita
Iklan
AUSTRALIA bakal melarang penggunaan media sosial kepada individu berusia bawah 16 tahun kerana negara itu mendapati ia memudaratkan golongan kanak-kanak dan remaja. Platform seperti Facebook (FB), TikTok dan Instagram (IG) akan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan larangan umur serta berdepan kemungkinan denda tinggi jika gagal berbuat demikian.
Pengendali platform itu tersebut akan diberi tempoh penangguhan selama setahun untuk mengetahui cara pelaksanaan larangan berkenaan. Antara negara lain sudah melaksanakan sekatan sama ialah Perancis menerusi undang-undang diluluskan pada 2023 yang menghendaki syarikat media sosial mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk pengguna di bawah umur 15 tahun.